Login
Print
Group Companies
 


Mark here to insert new image

Bero Coffee Singapore mewakili Neumann Kaffee Gruppe di Asia dan Oceania kecuali di Jepun dan Korea. Negara-negara ini merupakan antara pasaran kopi yang dinamik dan kian pesat berkembang di dunia. Bero Coffee Singapore juga merupakan ahli Neumann Kaffee Gruppe dan ejen penjualan yang eksklusif dalam pasaran-pasaran tersebut.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Bero Coffee Singapore telah melabur secara berterusan di pasaran-pasaran kopi Asia dan Oceania. Bero Coffee Singapore akan terus melabur dalam peningkatan kemahiran kakitangan dan pengetahuan tentang dunia pemasaran.

Tujuan kami ialah untuk menyediakan pelanggan-pelanggan nilai bagi setiap pembelian kopi. Bero Coffee Singapore juga mempunyai pengetahuan dan kemahiran tempatan yang memberikan kelebihan dalam perkhidmatannya.

Dengan adanya kakitangan-kakitangan yang fasih berbahasa Inggeris, Cina dan Melayu, Bero Coffee Singapore mampu memupuk hubungan perniagaan yang erat di samping memudahkan pemahaman dan komunikasi antara kumpulan-kumpulan syarikat dengan pelanggan Bero Coffee.

 

Pasaran di Asia semakin berkembang dan seringkali berhadapan dengan pelbagai perubahan. Sebagai sebuah syarikat yang dinamik dalam suasana kesedaran kos tinggi, kami juga perlu berkembang dan berubah. Maka itu, syarikat kami mempraktikkan kecekapan kos dan dalam masa yang sama menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan yang diharapkan para pelanggan kami.

Memandangkan Neumann Kaffee Gruppe memberikan tumpuan utama kepada kopi, Bero Coffee Singapore mampu menyediakan maklumat pasaran kopi yang terbaik dan banjaran produk-produk kopi yang luas serta perkhidmatan-perkhidmatan bermutu untuk para pelanggan kami. Kami mewakili minat para peniaga dan pengeksport di hampir setiap negara yang menghasilkan kopi.

 
 

Bero Coffee Singapore dapat dibezakan dalam pasaran melalui mutu dan perkhidmatannya. Kami memberi tumpuan kepada kehendak para pelanggan dan akan terus menyediakan layanan dan sokongan yang terbaik.

Kami sedar bahawa kepercayaan dan keyakinan pelanggan merupakan kunci kemajuan perniagaan. Maka itu, kami memberikan komitmen sepenuhnya dalam membangunkan hubungan dengan para pelanggan kami melalui komunikasi secara berterusan, memberikan sokongan padu, berbalas-balas maklumat dan memahami kehendak para pelanggan kami.